Untuk entry aku hari ni, hati ni nak sgt cakap pasai redha.. tetiba terigat kat dialog Lisa Surihani dalam cerita "Ombak Rindu" time depa (lisa ngn Aaron) ada kat sawah padi.. " Kalau betul redha, kita kena ikhlas.. Tapi kalau kita menyerah, bukan redha namanya.. tapi tu pasrah..
Apa yang dimaksudkan dengan redha ? Redha tu bila kita menerima sesuatu dengan rasa tenang takdak pun ada rasa kecewa atau tertekan dengan apa yang diberikan oleh Allah kepada kita baik mcam mana pun hukum dan peraturan qadha' walaupun sesuatu ketentuan daripadaNya. Sebenaqnya, sifat redha ini adalah daripada sifat makrifah serta mahabbah kita kepada Allah SWT untuk mendekatkan lagi diri kita kepadaNya.
Ketetapan ini mestilah diterima dengan cara bersyukur ketika mendapat kenikmatan dan bersabar ketika ditimpa musibah. Pada masa yang sama, kita perlulah berusaha untuk mengubah segala ketetapan yang kita rasa tidak baik untuk diri kita. FirmanNya :
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."
Apa pula yang dimaksudkan dengan pasrah ? Pasrah ni sebenaq nya sama ja maksud dengan redha cuma bezanya pasrah ialah kita menerima kenyataan dengan begitu sahaja tanpa ada usaha untuk mengubahnya.
Ingat laa, setiap kesusahan dan cabaran yang kita hadapi adalah sumber kekuatan kita. Kenapa mcm tu? hmm, sebabnya adalah setiap kesusahan itu menjadikan diri kita lebih tabah dan kuat untuk menghadapi masalah yang mendatang. Jadikan setiap kesusahan, keperitan serta halangan sebagai batu loncatan kepada kita untuk mengubah paradigma kehidupan kita.
Andai kita jatuh, bangkitlah semula. Tabahkan diri sendiri. Janganlah terus mengalah dan menyerah diri. Jadikan segala takdir yang telah tersurat ini sebagai penguat diri. Ingat laa, Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersabar.
Wahai diri, tabahkanlah hati. Bersyukurlah dengan segala mehnah ini. Sesungguhnya Allah Maha Menyayangi hambaNya yang tidak bersedih malah bersabar dengan tribulasi hidup.
InsyaAllah.
p/s : Sebenaqnya aku pun taktau samaada aku redha atau pasrah ngn exam akaun tadi..
takpala dayah.. usaha2 dah.. doa, istiqamah dah tawakal ja.. inShaAllah kalau ada rezeki Dekan lg sem ni..(aminnnn)..
Yeaah.. kita hanya mampu merancang.. tapi ingatlah Allah sebaik2 perancang.. :')
Stay strong n Keep smile dayah.. Everything is gonna be okay.. Insha Allah..:)
~~TAWAKKALTU ALALLAH~~