animasi bismillah photo: Bismillah show5pk.gif

Tuesday, 16 December 2014

Fitrah Manusia

Assalammualaikum dan selamat malam..
::Ehemm.. sembang pasai menulis blog ni..aku menulis bukan sebab aku nak cari publisiti murahan alam maya, tapi aku menulis sebab hati aku nak berbicara..

:: Fitrah Hidup..
.. yaaaa, hari ni aku nak sembang pasai fitrah kehidupan manusia iaitu, suka, rindu, sayang, cinta, jodoh.. ( dah macam dr. cinta pulak aku ni kan??... cehh..hahah)..


.. yaa, aku ngaku aku pernah rasa perasaan tu satu ketika dahulu, pernah rasa suka, sayang, rindu kat org yang aku sayang.. waktu tu aku tau, walaupun kami ni mustahil akan hidup bersama.. tapi aku tetap nak teruskan hidup aku.. Cinta aku gagal waktu tu, ianya hanya agenda syaitan n semata2 cinta yg berdasarkan nafsu ni.. memang awal nya, seronok, happy.. tapi bila pengakhirannya, aku sendiri yg rasa sakit, kecewa, down.. menangis macam org gila.. and lastly, kita  cari Allah balik kan? waktu kita happy dulu.. kita tak ingat Allah pun.. sedih kan? AAstaghfirullahalazi;'m :'(.. Terasa bodoh pulak ingat balik apa yg jadi dulu..

..Pengalaman yg mendewasakan kita kan.. 

Untuk kedua kalinya.. Aku jatuh ke lembah pecintaan ni.. Aku takut, tapi betul lagu yg penah Apek ngn yusri kru nyanyi dalam ceta lady boss.. Lagu dia cmni "cinta boleh di umpamakan bgai makan sambal belacan, walau pedas hingga menitis air mata maseh mahu di makan jua" ingat dak? Hee.. Dulu aku tgok gak la ceta ni.. Berbalik pada tajuk asal.. Aku manusia, tak leh lari dari fitrah yang dicipta pecipta kepada makhluk yg diciptanya.. Fitrah Dimana setiap manusia mempunyai keinginan memcintai dan dicintai..

Allah, lemah aku waktu tu.. Aku sedayanya ingin menolak perasaan aku.. Tapi aku gagal.. Aku jatuh.. N lastly.. KamI besama dalam erti kata lain "bercinta" .. Allah sebaik2 perancangkan.. Manusia cepat berubah kan.. Kita nak cerah hingga ke ptg, tapi hujan pulak tgah hari ..Yaaa, Semua org nak rasa happy, takdak pun nak rasa skit, tapi kita jugak takkan dapat pelangi tanpa adanya hujan.. Memdalamkan? Aku sedar, usia aku semuda ni, aku tak perlu byk hadapi liku2 hidup.. Jauh pejalanan aku.. 
Tapi andai Allah telah tetap kan dia untukku.. Menjadi imamku.. Menjadikan aku sbgai Pelangkap tulang rusuk nya.. Aku bersyukur sgt.. Aku mgaku mungkin dia bukan yg pertama, tapi aku berjanji, dialah yg terakhir..aminn

:: tetiba cakap pasai cinta.. Huhu.. Apa yg aku nak cakap lg, aku memulis sebab hati aku nak berbicara.. 

Terima kasih ya Allah.. Kerana bagi aku peluang untuk menikmati liku2 kehidupan.. :')

Sunday, 9 November 2014

Redha atau Pasrah?

...Assalammualaikum...
Untuk entry aku hari ni, hati ni nak sgt cakap pasai redha.. tetiba terigat kat dialog Lisa Surihani dalam cerita "Ombak Rindu" time depa (lisa ngn Aaron) ada kat sawah padi.. " Kalau betul redha, kita kena ikhlas.. Tapi kalau kita menyerah, bukan redha namanya.. tapi tu pasrah..

Apa yang dimaksudkan dengan redha ? Redha tu bila kita  menerima sesuatu dengan rasa tenang takdak pun ada rasa kecewa atau tertekan dengan apa yang diberikan oleh Allah kepada  kita baik mcam mana pun hukum dan peraturan qadha' walaupun sesuatu ketentuan daripadaNya. Sebenaqnya, sifat redha ini adalah daripada sifat makrifah serta mahabbah kita kepada Allah SWT untuk mendekatkan lagi diri kita kepadaNya. 

Ketetapan ini mestilah diterima dengan cara bersyukur ketika mendapat kenikmatan dan bersabar ketika ditimpa musibah. Pada masa yang sama, kita perlulah berusaha untuk mengubah segala ketetapan yang kita rasa tidak baik untuk diri kita. FirmanNya : 

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."

Apa pula yang dimaksudkan dengan pasrah ? Pasrah ni sebenaq nya sama ja maksud dengan redha cuma bezanya pasrah ialah kita menerima kenyataan dengan begitu sahaja tanpa ada usaha untuk mengubahnya. 

Ingat laa, setiap kesusahan dan cabaran yang kita hadapi adalah sumber kekuatan kita. Kenapa mcm tu? hmm, sebabnya adalah setiap kesusahan itu menjadikan diri kita lebih tabah dan kuat untuk menghadapi masalah yang mendatang. Jadikan setiap kesusahan, keperitan serta halangan sebagai batu loncatan kepada kita untuk mengubah paradigma kehidupan kita. 

Andai kita jatuh, bangkitlah semula. Tabahkan diri sendiri. Janganlah terus mengalah dan menyerah diri. Jadikan segala takdir yang telah tersurat ini sebagai penguat diri. Ingat laa, Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersabar. 

Wahai diri, tabahkanlah hati. Bersyukurlah dengan segala mehnah ini. Sesungguhnya Allah Maha Menyayangi hambaNya yang tidak bersedih malah bersabar dengan tribulasi hidup. 
InsyaAllah. 


p/s : Sebenaqnya aku pun taktau samaada aku redha atau pasrah ngn exam akaun tadi..

takpala dayah.. usaha2 dah.. doa, istiqamah dah tawakal ja.. inShaAllah kalau ada rezeki Dekan lg sem ni..(aminnnn)..





Yeaah.. kita hanya mampu merancang.. tapi ingatlah Allah sebaik2 perancang.. :')


Stay strong n Keep smile dayah.. Everything is gonna be okay.. Insha Allah..:)

~~TAWAKKALTU ALALLAH~~

Saturday, 8 November 2014

FINAL EXAM~~ COUNTING DAYS CUTI SEM..:D

Second last paper untuk final exam semester 2..
:: mana letih pun, study last minute, prepare exam last minute, bila masuk depan jenuh stress tak leh jawab ketaih soalan.. haihhh.. dayah ohh dayahh..
esok (10/11/2014) second last paper untuk semester ni.. ni subjek peberet ni.. 

Financial Accounting 2.. Gudluck dayah.. u will can do it..yeahh.. ajaja fighting!!

:: yaa dayahh.. sabaq nah.. tak lama dah, lagi seminggu bersamaan dua paper ja lagi.. Then,yeaayyyy..  saya dah bebass (cehh.. hahah).. bole dah lepak ngn family.. selalunya dok lepak ngn kengkawan dan jadi bestfriend ng buku2 dan pen pensel pembaqih j kan?.. tak pa tukaq selera p la sat..( bajet ulut buku laaa sgt).. heee

:: sebenaqnya.. hmm, memandangkan tengah final sekarang ni.. saja nak bgtau.. memang best pun blajaq last minute.. jenuh nah kumpul semua bab dalam satu hari.. hahah.. macam sekarang ni.. esok nak exam.. malam baru bukak buku untuk study.. best what?
Okay.. sekarang ni, sembang pasai study.. tadi baru ja p study ngn member2 sekelaih.. my Cinta Hati pun join sekali (OMG!!) .. ioulss bahagia gilee uolss bila kesayangan join study skali..kikikikiki.. Tapi tak pa.. Abaikann.... Focus studi dulu.. (chuihhh.. mcm bole fokus.. asyik trpadang ja mukenyerr...haha).. ok dahh.. adik2, kakak2, abg2, anak2, cucu2, cicit2.. jgn jadi mcm ni nuh.. nanti jadi mcm ni.. nak study pun nampak org lain ja..  nak buat apa pun tak boleh.. cekelat angin ja nnti..heheehehe

OK lahh.. bahagianya qasa bila final nak hbeh.. and now.. counting days for cuti sem!! yaahoooo...
to candidate final exam KPTM~~ gudluck for Final Exam..
to My beloved Family~~  3 minggu dah kakak tak balik.. rindu mak, rindu ayah.. rindu adik2.. i miss uolls so much.. nak cuti pnjang da ni.. tunggu kakak tau.. :'(
to my Cinta Hati ~~ ( Jika boleh memilih.. saya lebih memilih untuk tidak mengenali awak, daripada saya terpaksa memilih untuk melupakan awak..) ayat ni tetiba pulak qasa mcm sesuai pulak untuk kitaa...heee...

~~ SELAMAT MALAM~~

Friday, 7 November 2014

Entry Pertama

ASSALAMMUALAIKUM..

First time nak tulih blog ni, hee.. tapi takpa, abaikan... sebenaqnya da lama aku ada keinginan nak tulih blog sejak zaman sekolah dulu kala lg, tapi di sebabkan...ye lah dulukan tadek laptop lg.. tapi sekarang ni, sejak jadi student, dah ada lptop rajen dah buat fb, twitter,instagram dan sekarang...
aku dah ada BLOG!! yeayyyy

Sebenaqnya, tujuan aku tulig blog ni, aku nk tulih pasai aku.. pasai diri aku.. pasai hidup aku
nnti bila dah ada anak cucu cicit, depa bole tau kisah aku macam mna.. at least depa tau tok depa ni tak buta IT..(perasan pi la sat..:P) hee


Ok lah.. aku rasa cukup dulu kot untuk entry sulung aku ni.. btw, terima kasih untuk mr.D, sebab u jugak i semangat nak tulih blog ni.. many thank you..